By Google

Custom Search

Monday, November 9, 2009

Bergambar Ala-ala Model

Perasan tak korang i've changed my picture header? And perasan tak korang, the picture didnt look anything quite like me? Berbeza kan? Macam ahmoi dalam siri drama cina tahun 70'an. ehehe.. I went for a photoshoot last Saturday, konon berangan nak jadi model..Ala-ala je la kan.. never have i dreamt nak jadi model betul-betul pon. Tapi once a while berangan takpe kot?

I had at least 25 photos taken in various poses. Went there with my Mom, and she took hers as well..hehehe, mak borek, anak rintik. I only have a copy with me now, yang lain akan tiba kemudian hari.. Let's enjoy the pic for now!

Photographers flew all the way from KL. For this session, i paid a sum RM80.

Photo has been blurred a bit for 'general viewing' purposes. Eheh..

And this is my stunningly beautiful mom. Apu, dah kedak artis Hongkong arum bulak. Eheh. She laughed all the way and said 'badan mummy dah keruk dah tok oi..' hahahaha but the result was so fine she looked even prettier than me. Erk, pretty kah haku?? Pisan. Ahahaha. Nevermind, as long as im her daughter, i'll forever be beautiful in her eyes and that's more than enough..yerrr.

I ordered a set of album with 10 pictures in it, 5 of me, 4 of mom's and 1 of me and her. It'll be ready in a month or so, maka terpaksa lah bersabar.. it's ok, the experience alone is beyond words, fun; really. But with all the poses, im glad i didnt choose to become a model, tiring you.. :)

That's it for now fellas. Nak continue to do my never ending work. You guys have a pleasant afternoon aight.. Mwah!

Sunday, November 8, 2009

New Kids On The Block

Thursday and last nite, our family received new family members. Respectively 3 from Orkid and 4 from Ming.. I'm so full of excitement. I'd like to post more, but since my hands are still full, i'll just post pictures with slight explanation of them okay.. :)

I've prepared two boxes for both mothers, but apparently Ming [the blacky mom] did not like being separated from Orkid [3 coloured mom]. So she, carried all her kids into Orkid's box. Biar berselut dalam kotak, nya sik duli.. Hopefully no one will accused me of being a bad pet owner for not giving them all the comfort needs they should be getting.

is she/he cute or what??

I've yet to name them. 7 altogether. Wooh, tough job naming one, let alone 7. Any ideas, shoot me aight.. :)

Gotta go for now.. I'll share why i've been missing for the past week. Take care fellas!


Tuesday, November 3, 2009

Zaman Aku Remaja Dulu

Aku dalam kelas sekarang. Memerhatikan pelajar yang sedang berehat sementara menunggu exam lepas rehat nanti.. Perangai derang ni, memang pelbagai..ada yang tengah mengurut belakang member, ada yang tido and ada yang sedang berloya. Bila tengok perangai mereka, aku teringat plak zaman kegemilangan aku di SM Sains Kuching 96-00 dulu..


Masa Form 1, cermin mata aku besar bapak kau you know.. Boleh jadi magnifying glass arum bulak. Pergh, jelas segala pemandangan.. dibeli sebab faktor cermin mata tu ada spring so takkan mudah patah.. adoh ehh, mengapakah aku mudah tertipu tertipah oleh kelebihan cermin mata yang ternyata adalah silent killer ku dulu? haih!

Belanja aku time belajar, RM50 sahaja sebulan.. wah aku survive ok. Cuma bila aku dah masuk Pom 5, baru la belanja aku naik jadi RM80.. dulu mana da henpong ye dak, so tak lah kisah sangat nak mereload-reload...eheh..

Bebudak lelaki, sepanjang pengetahuan aku, sangat suka makan maggi dalam baldi, makan ramai-ramai.. gayung dijadikan mangkuk.. eeee sikpat ku imejin.. Makan dengan gayung ok....adoh ey...

Zaman sekolah aku dah pandai bercinta you.. hahaha masa aku Pom 2, boipren aku budak sama kelas aku and aku gelar dia Azhar Sulaiman sebab iras-iras muka pelakon tersebut.. yahh...hua hua hua..apuuuu, kenjet nya saya zaman sekolah..hahaha Bagi member-member lama, sure tau lah sapa aku maksudkan..tapi itew semua cinta monyet.. Kalau di kembalikan semula aku ke zaman itu, aaa mungkin aku akan menolak.. hahaha wow memilih.. ehek.

Masa form 4, ada sorang budak baru masuk.. kitorang ingat dia salah masuk kelas, sebab dia teramatlah comel adoh.. Sapa tah yang tanya dia "Dek, kitak salah masuk kelas. Form 1 blok cgek nun" har har har.. kesian kat S*.. Dia terpinga-pinga je, memang betul pun dia Form 4, cuma mungkin time tu dia terlalu comel ala-ala Tomok, orang salah ertikan dia pelajar Form 1!

agak-agak, yang mana satu gerangan orangnya? Tak macam dulu lagi dahhh tau.. Frenz 4-eva!

And this is Anne, my best fren for eternity.. :)

Aku memang banyak kenangan masa zaman sekolah and aku sangat rapat dengan semua geng-geng.. mungkin atas faktor kami bersekolah di asrama penuh, so ikatan tu sangat erat.. plus satu batch kami hanya ada dlm 114 orang je ek kawan-kawan? SEMUA kami kenal. Haih, rindu aku zaman ortodoks yang gemilang itu.. the best in life.



Saturday, October 31, 2009

Zaman Aku Kecik Dulu

Umur aku 4 tahun..Aku tengok budak-budak main mercun papan.. cucuh api, mereka baling..POM!.. cucuh api, mereka baling..POM!.. wah sungguh menerujakan. Aku seronok. Aku join sekaki, ambik satu, cucuh api..dan POM!.. hooray! ibu jari dan jari telunjuk berparut seumur idop..

Umur aku 6 tahun..Yahhooo! bapak balik bapak balik...! gedebush keluar pintu rumah.. aku rajin, nak ambik beg bapak.. tau-tau, gedebuk jatuh terjelepok tepi motosikal..'BAPAKKKK!! KENAK EKJOS!!..." dahhh berparut betisku seumor idop..

Umur aku 7 tahun.. Aku tengok ada 70sen atas meja.. eee bestnya kalau beli keropok.. aku curi masuk poket.. "sempat lagi ni, sempat.." pasang selipar lari pergi kedai apek selang beberapa rumah..tup-tup bapak lalu dah balik kerja "Where are you going?" .. aku gelabah.. otak ligat berpikir... dan dengan bernasnya menjawab "jogging pakkk" .. ya.. jogging pukul 1.30 tengahari, sungguh bijak..habislah tanganku dirotan..baik je takde parut seumor idop..

Umur aku 8 tahun.. Jalan-jalan dengan bapak kat pasar.. seronok tengok mainan masak-masak, aku lepaskan pegangan tangan dari bapak.. Selepas imaginasi masak-memasak terlunas, aku jalan semula paut tangan bapak..only to find out, itu bukan jari-jemari bapak aku tapi bapak orang lain punya jari... ARKK.. takot..aku lari carik muka bapak.. bapak gelak dari jaoh.. cis..

Umur aku 9 tahun.. Kelas Fardhu-ain sesi petang.. "Hauslah, jom beli aiskrim kat rumah auntie tu.." member semua angguk kepala.. sampai depan rumah.. "Auntie! ooo Auntie.. " .. "takde pon?".. tiba tiba satu bunyian yang menggerunkan kedengaran.. "Warf! Warf! Warf" MAKKKKK tolong!! Anjing besar gaban mengejar...!! Dengan langkah penuh gigih, kain baju kurung di lipat kemas, kami lari angkat kaki seribu km sejam.. Kesudahannya, selipar aku kemana, aiskrim aku kemana.. kih kih kih.. takut 8 saat je..pas tu gelak balik..bongong kan perangai masa budak-budak..eheh..

Eheh.. senyum sorang-sorang mengenang semula kisah aku zaman kecik dulu.. You guys ada tak kisah macam aku ni? Lucu lah kalau ingat balik..Dah lah dulu ye, nanti aku sambung balik.. nak semak kertas peperiksaan budak-budak.. Happy Saturday.. :)

Thursday, October 29, 2009

Bila Aku Seorang Wanita

Time ni, aku takde kelas..so melamun sorang-sorang memikirkan apa aku nak share dengan korang today.. dalam banyak-banyak idea yang berlegar, ada satu ni yang aku rasa bagus untuk dikongsi bersama..

Bila Aku Seorang Wanita..

Korang rasa, korang setuju tak kalau aku kata, jadi perempuan ni walaupun ada banyak kelebihan, terdapat juga restrictions nya? Meh aku bagi contoh-contoh best.

Sekarang aku nak settle down, tapi tak boleh lagi..apsal? Sebab kena tunggu pihak sebelah sana datang meminang. And bila agaknya nak datang tu? Entah. Kalau lah kuasa meminang ada pada tangan aku, lama dah kot aku gi pinang..

By the time aku kena pinang, umur aku agak-agak dah mencecah 30'an.. bila masuk umur titik-titik penuaan, mula lah risau pasal kesihatan. First baby lebih elok di conceived masa dalam umur 20'an, tul tak? tapi nak buat macam mana, dah lambat kawen? Pas tu pulak, belum tentu akan dpt anak terus, macam aku, period yang jenis irregular, so to monitor bila time fertile agak susah..


Then bila umur dah masuk 40'an, kena seksa diri jaga body sebab takut husband tinggalkan..aku eran la, kenapa kalau lelaki perut boncet ke, apa ke, takde plak kita kaum hawa ni nak cari lain tapi kalau perempuan dah saggy sana saggy sini, hah start la pasangan kita tu komplen.. ke ada jugak kaum hawa yang akan cari lain? Eheh..

Dan lagi, aku ni jenis suka melancong..suka explore and very adventurous..tapi atas alasan aku seorang perempuan dan demi keselamatan, aku tak dibenarkan melancong sorang-sorang ke luar negara.. Last time aku nak gi London sensorang tapi tu lah, kerana perkataan 'sensorang' aku tak dapat nak pergi.. haih.. kadang aku teringin nak pergi type yang budget trip, yang backpack / hitchhike..tapi semuanya restricted..

Dan kenyataannya bila dah jadi seorang perempuan pasti sukakan benda yang menarik, yang cantik hence kita akan sering membelanjakan wang secara tidak terancang..ini aku tak salahkan sesapa. Sendiri ingatlah, sebab aku pun macam tu..minat aku bukan ke arah handbags or shoes or any labelled items tapi lebih kepada kain.. aku suka design. and earrings. nak pulak kain harga 4 meter RM10, macam mana aku nak tahan daripada tak membeli?


Belum masuk peralatan mekap.. aku admit, aku tak la reti sangat pakai mekap tapi barang mekap aku kadang melebih-melebih, pakainya jarang.. Perfumes toksah cerita, berbotol-botol kat rumah tapi mostly gifts la.. yang sadisnya, perfume yang aku pakai kadang baru se'cot' je aku guna dah aku ditch and turn to other perfumes.. membazir, seriously. Sampai satu tahap, ada satu perfume Elizbeth Arden aku beli kat Singapore dulu tahun 2005 sampai sekarang aku tak pernah guna pon.. hujungnya, aku kasi secara free je kat kawan aku..dah aku tak pakai kan? Tapi definitely dah membazir kat situ..

Belum aku masuk bab kasut, bab cincin, bab gelang tangan, bab gelang kaki, bab handphone, bab pin baju, bab coklat dan macam-macam bab lagi lah.. lagi korang akan rasa angol kalau aku terangkan satu-satu.. dahlah untuk topik hari ini..

Kejadiannya bila aku seorang wanita..


Tuesday, October 27, 2009

Orkid And Ming, Soon

Ivy's cat dah beranak..mine, coming soon!

Besar tak perut Ming? eheh.. i bet ada at least 5 inside.. Bapak derang duduk kandang lagi satu, tak boleh sama dah, takut nanti time Ming beranak, bapak dia makan the new born kittens.. I wonder how lah the babies will look like nanti, sebab bapak dia jenis kucing yang bermuka penyek.. eheh..

Ming dah tak berapa larat now... jalan beberapa langkah, she'll baring again.. harap-harap semua berjalan lancar lah during delivery nanti kan Ming? Oh btw, Ming ada geng dalam sangkar ni.. Orkid.. Pun sama tak lama lagi due..

Orkid.. yang paling aktif in production.. Walaupun tak la secantik kucing parsi aku yang lain, Orkid tetap menjadi antara yang kerap melahirkan babies.. kadang kesian aku tengok, tak dan nak rehat dahhhhh kembung balik.. apa-apa pun, harap babies yang akan lahir lepas ni jadi secantik the previous one.. Aku ada banyak gambar anak Orkid n Ming, tapi tah file mana aku letak.. i found only one here...Anak Orkid.

Meet Sinta.. :) Anak Orkid yang paling bongsu i guess sebab nya manjak semacam.. eheh.. and she is the fattest of them all..Tidooooooooooo jak keja.. She can literally sleep anywhere, anytime..look, bawah tempat seterika pun boleh jalan tido..

I love them all.. Kalau ada yang mintak, memang payah laaaa aku nak kasik unless aku sure that person really adores cats.. Certain orang, just teruja untuk memiliki Persian but dont know how to take care of them.. So barang siapa yang nak, pastikan anda betul-betulllll suka kucing, baru lah aku consider keh?

K lah guys, im heading to bed already.. bebudak sekolah tengah exam sekarang, hence not really that much of work to do dah..and it's 2 weeks plus before year end holiday come knocking on my door..yippee!! Can hardly wait..

Nite angels..


Sunday, October 25, 2009

Kabong, Abang Polis Dan Ice Pop

Semalam Annual Dinner 2009 for teachers. Aku jadi Emcee. First time. Pergh, aku tak nervous cuma aku penat..tak boleh duduk makan dengan elok sebab asyik jaga time.. and literally aku sakit kepala lepas tu.. balik rumah telan panadol terus collapsed tido..

Pagi menjelang, around 850am phone aku berdering.. aku tengok nama member aku tertera on screen.. dalam ke'blur' an aku... "ALAMAK!! terlajak tidoooo..!!"

Nga ha ha.. plan today nak pergi Kabong, tengok Pesta Pantai.. kitorang ingat nak konvoi lah gi sana..janji kul 9, nenek la kan nak on time kalau baru nak bukak mata 850 pagi! nasib baek member sporting sanggup tunggu. Derang 7 orang stay sana semalam sampai esok, sewa chalet where as aku dengan kawan aku sorang lagi, balik hari je.. panjang gik bulan tok oi ku nak ngabis du aku..

Victoria Inn, Pantai Tanjung Kembang, Kabong.. great view innit?

9 of us, altogether..ada yang takde dalam pic.. aku wajib ada ok.. te he he

Lepas kemas-kemas check in, we all gerak pergi Kabong Town.. wahhhh ramai sungguh manusia.. terpaksa parking jaoh-jaoh.. Bagi yang pernah datang ke Pesta Benak or Pesta Ikan Bulu Sri Aman, almost similar lah.. gerai-gerai makanan, baju, accessories.. pertandingan..

Ada cerita best, ada cerita tak best berlaku time ni.. Meh aku cerita yang best dulu nak? hehehe.. Korang tak nak baca pun aku tetap akan tulis jugak, nak jugak bagitau.. Kitorang perasan ada mamat polis sorang ni...apu hensem amat aaa.. hahaha dah la tinggi, so fair and so ..so adorable! Police ok. Bukan-bukan..Gila keja mek orang.. Nak di jadikan cerita, masa nak parking, dia dah tengok kitorang, masa jalan pun ada jugak..and masa balik pun ada jugak..paling bestttttttt ialahhhhh.. he and another 2 frens stop keta yang aku drive and tanya soalan comel yang sungguh oh 0h;

"nak balik dah?"

hahahaha.. aku gelak dalam hati tunjuk muka senyum.. "yes, nak balik"

"ok, jalan terus ye.."

adoh ehhhh bang oi... jalan kat depan tu dah memang lurus ponnnn..tak bagitau pon aku boleh nampakkk.. hahahaha.. pick up line kau bang, cukup hebat [sik merik-merik].. oh by the way, aku tengok name tag dia.bernama Chong.. lahai, comel nya nama..cina paduhal.. haih takpelah bang, i'll pass..kawan aku ramai nakkan kau tadi.. aku memuji saja, ciptaan Tuhan, nikmatilah kan.. hahaha ampun Cintaku.. sik mek curang..woosh wooshh..

pasar kabong..

Haih.. di sebalik cerita suk sendiri ini, ada jugak cerita yang tak best..masa tu aku dengan kawan aku haus giler so kitorang gamble minum air ice-pop rm1.50 ..korang tau tak minuman ni, yang peket-peket banyak flavor tu, ada coklet, grape, vanila, avocado..? ha, first tima la ni aku nak try..

Gini story nya, kawan aku dua orang order vanila, tapi 2 peket tu tak cukup untuk memenuhi 2 gelas. Budak tu pun pandai-pandai la tambah susu, tambah air just nak bagi penuh.. Wah wah, gitu ye kau buat pelanggan.. takpe, aku diam since kawan aku tak sound pape.. tiba giliran aku, aku order 2 perisa coklat.. aku sound direct

"Pastikan penoh.." Bibir aku langsung tak merekah senyum.. Aku peratiiii je dia buat kerja..and memang tak cukup pun gelas tersebut.. dia dah tak tentu arah, nak tambah air,nak tambah susu, aku dah tenung dia ala-ala tenuk mengamuk.."Tak penoh tu dik.." last-last dia amik lagi satu pek and blend kan lagi untuk penuhkan gelas tersebut..I know dia rugi, sebab satu pek tu RM1.50 but mind you, aku memang cerewet kalau apa yang aku bayar, tak worth it. Lagi aku tak puas hati kalau dia nak kaut untung dengan cara salah..patutnya benda tu blended tapi jadi cair mcm air biasa.. Bayar mahal-mahal, mana aci..

Takde la dramatik sangat pon..saje je aku kasi macam bombastik sikit cerita..te he he..tapi geng-geng aku semua cakap aku ni garang sangat budak tu jadi takut..kesian pulak kan.. minta maaf la dik ye, akak tak sengaja.. cuma tak puas ati je kat adik sebab layan pelanggan macam tu.. 0-0 boleh?

That's it for today's updates.. Aku tengah layan Chelsea lawan Blackburn.. Chelsea dah mendahului 1-0.. haih. aku tak suka Chelsea.. wek. Harap-harap Chelsea kalah.. yezaaaa... nite fellas..!

Thursday, October 22, 2009

Bukit Begunan, Sri Aman

Frequent travellers Kuching-Sri Aman would know this area.. some say creepy, some would say spooky and some would just prefer to keep silent about this spot..

I've come to learn this spot sebenarnya tempat yang keras.. Ini kisah yang aku nak share with you all.. Agak misteri and mungkin a bit menyeramkan untuk dicerita but towards the end of this post, you'll see why it is so not advisable to drive pass this area at night..

Myself, frequent Kuching almost every other week. The potholes, subside areas, hot spots for road blocks boleh dikatakan semua ada dalam tangan aku.. and this Bukit Begunan tidak terkecuali.. sentiasa di pesan my mother "either drive turun or naik, jangan laju..." and me being me, would usually just woosh the advise away...........

Driving up hill for about 400 metres, memang perlu speed.. But bila tiba nak turun especially if you're from Kuching towards Sri Aman, agak bahaya sekiranya laju sebab jalannya berselekoh..
And di sini lah mudahnya terjadi kemalangan kereta..

Dulu, orang kata, eksiden yang berlaku di Bukit Begunan adalah angkara perbuatan manusia yang mencurah minyak ke atas jalan.. You must be wondering why right? Sebabnya adalah untuk mengaut keuntungan melalui 'tow truck'.. sentiasa and tak pernah tak berlaku, tiap kali berlakunya kemalangan, secara kebetulan mesti tow truck akan lalu..and ini di akui sendiri oleh pihak JKR yang terpaksa mencuci jalan menggunakan sabun sebelum pengguna jalan diberi access untuk lalu semula.. Manusia memang jahat.. orang mati apa dia peduli.. janji duit masuk poket..

However, tak pernah pula aku dengar kisah lain selain daripada perbuatan keji manusia ini until lah last week. My friend bukak cerita pasal kisah seram bukit begunan..korang nak tau? kalau lemah semangat, please do not continue reading.. kalau rasa ok, jom aku kongsi......

This is Bukit Begunan - taken from vivid-affair.blogspot.com

Dia mulakan kisah dengan memberitahu... telah banyak kisah pemandu yang memandu malam diganggu oleh makhluk-makhluk yang tidak diingini.. 2 daripada guru di tempat aku mengajar dah pernah eksiden gara-gara diganggu di Bukit Begunan.. Makhluk tersebut menyerupai kepala tanpa badan akan muncul secara tiba-tiba dan akan mengekori dari bahagian atas kereta sebelum tiba-tiba menunjukkan dirinya di tepi cermin sebelah pemandu..! Akibatnya, ketika kejadian, cikgu tersebut swerved ke kiri dan ke kanan sebelum melanggar tebing bukit.. aduhai, cuak siot aku dengar kisah ni..

And bagi sesapa yang masih ingat atau tahu, di puncak Bukit Begunan used to be ada restoran ala-ala rumah panjang didirikan oleh a couple, husband dia orang puteh while the wife is a local.. Beroperasi for few months or so, mereka tinggalkan terus kawasan tersebut..why? Dengar cerita, derang jatuh sakit and the business was not doing well.. asyik terdengar bunyi-bunyi mengilai, nampak budak kecik di tepi hutan malam-malam buta.. mana nak tahan.. Probably masa tempat tersebut didirikan, the couple tidak meminta 'izin' kepada 'tuan empunya tempat'.. Wallahualam.. tak nak pulak aku dikata syirik..tapi it would be wise kalau kita berjaga-jaga kan? Makhluk halus pun ciptaan Tuhan jugak..Kalau rasa nak tengok restoran tersebut,masih ada kat situ, ditumbuhi segala jenis lalang dah.. ada berani, singgahlah..

So sekarang, aku memang tak nak dah lalu Bukit Begunan malam-malam [not that i have though] kalau aku tak berteman.. All these while, aku memang balik siang, paling lambat aku balik pun kul 4pm so that i could reach Sri Aman around 6.30... Dulu aku tak pikir pasal hantu-hantu ni.. aku lebih pikirkan pasal keselamatan aku, kot-kot tayar pancit [fuh fuh touch wood] sapa nak tolong aku rite? Enjin rosak ke apa ke.. kita tak tau.dah la aku pompuan, lagi bahaya selalu sangat drive sorang-sorang.. ditambah keharuan kalau tiba-tiba tayar pancit ke, mati enjin ke atas puncak Bukit Begunan.. sumpah aku kencing dalam skirt kalau tetiba muncul kanak-kanak perempuan kecil tepi kereta aku..akai dai..mintak dijauhkan Tuhan..

Apa-apa pun, semua terpulang kepada budi bicara pembaca..if you think benda tersebut hanya mainan perasaan atau tidak akan menggugat iman, you are most welcome to drive pass there anytime you want.. bagi yang lemah semangat sedikit tu, be sure berteman lah yer....if you ask me dulu-dulu before last week, i'd say yes, masih boleh drive sorang.. but now if you ask me.. kirim salam bawak talam aku nak lalu situ sorang malam-malam...

TAKOT!!!!

Tuesday, October 20, 2009

Back!!

My God i was busy since last week. I literally could not find time to even check my blog. Well, ok la since last weekend i was in KL, that one i boleh excusekan. But came Monday, i was drown into piles of work!

Im not going to blab further about my work, everyone pun ada kerja, who doesnt rite? So, let me just help you guys make your evening by sharing my weekend trip to KL! Unfortunately i did not capture much of photos sebab sibuk sangat shopping but what i have with me should be sufficient for bloggers' view.. :)

Friday, our flight was on time at 2050hrs. Oh, by stating 'our', i meant myself, Anne and another friend tagging along.

waiting anxiously ..

finally on our way..ya be da be du..

Hah, we arrived KL approximately 1035pm.. gilos penat i tell you.. sebab siang sebelumnya kerja, and had to drive all the way from Sri Aman ke Kuching, then tunggu flight, bila sampai, took a cab and another hour heading Palace Hotel.. sampai hotel terus peng.. kroih!

Came Saturday, apu nyak.. right after we had our breakfast, 3 of us immediately hunt down TAR for kains and baju kurungs. That was my sole intention tau, really.. came down kl memang saja nak habiskan duit cari baju kurung siap yang chans-chans..

breakfast at tiffany's.. Eheh, Semua House..

After this time forward, no pictures were taken.. eheh.. 10.30 till 4, we were at TAR.. i bought lots and lots of things. Walked back to our room to put all the stuff and continued with Mydin, and thereafter belakang TAR once again til 6.30 before finally balik hotel untuk mandi just for us to get ready to go to Bukit Bintang.. Mana reti penat you..! Bought a working pants at G2 for a price i call crazy, RM16.90. Harus disambar terus..

At 10++, my old time friend since i was 12, Andy Sim came to pick us up and we headed towards Cyberjaya, my used to be 'home'.. ah rindu menggamit jiwa..lepak at Padi, next to my forever favourite Old Town, i had sweet n sour fish rice..



12 midnight or so, we drove towards Putrajaya.. memang tak reti penat lah we all ni..

Putrajaya

Eksyen sungguh berposing..te he he

Clock stroked half past 12 so we decided to call it a day.. 3 of us especially, totally worn out already.. We were lucky we booked ourselves an afternoon flight that following Sunday, so tak la perlu sangat nak bangkit awal..

All in all, i think, i've spent roughly RM300 shy from 1k excluding accomodation and flight for this trip.. Once in a bluei moon kan, .. :) The most important thing was i had a really major great time during that 3D2N trip, such a great therapy for me..

I'll come back with more .. and the next time you come visit, im gonna share with you kisah seram yang aku dengar dari orang.. Ee, dah la ku dok sorang nih, tak nak pikirrrrr!!... Ayo, menyesal aku, kan dah berlegar dalam kepala..cis cis..

nite!

Thursday, October 15, 2009

Panas! Panas!


Guys, tau tak korang, tadi ada budak nak curi barang dari rumah aku.. Waktu tu aku kat sekolah lagi, dalam kelas.. Nak dijadikan cerita, waktu tu aku duduk di meja guru membuat rancangan harian, tetiba aku rasa phone aku vibrate.. aku keluarkan phone aku secara senyap, and aku tengok nama jiran aku terpampang kat screen. [jiran aku ni, merangkap kawan aku gak la]...

Aku masih berkira-kira nak jawab ke tak, nak jawab ke tak.. dalam kepala aku ligat berfikir, apsal dia call aku. And it is so not my policy menjawab calls depan pelajar, very unlikely, usually aku biarkan saja unanswered. Tapi tadi tak tau kenapa aku jawab jugak call dari Amy [jiran aku tu]..

Amy: Dini dik [where are you?]

Ahmoi: Ba kelas ku, namahal? [in class, anything?]

Amy: Bisi nembiak ncuri utai kitak dia, ku tengah nyembui garik tadik, ku meda miak nyak niki-niki pagar ngait *** kitak..[there's a kid stealing your stuff, i was outside and i saw him mengait-ngait ***]

Ahmoi: Hah?? miak laki ka indu? apu neh.. [Hah?? Female or male boy? Ayoyo] <-- ada indah ayoyo in english duhal..

Amy: Laki. Dah ku buru nembiak nyak.. nembiak diau ba kampung atas nyak.. ngkah ya diak jak barang nyak tadik..
[i shooed him away already. it's the kid from upper village. He left the items on the ground]

Ahmoi: Ok thank you, lagik ku ngasuh mummy ku pulai lok.. thank you aok.. nasib mai meh d bisi dia tadik.. nti nda, udah meh nyak.. [ ok thank you <-- perlukah ditukar ke english? eheh.. oh salah sambung-sambung. i'll ask my mom to drive back home and check things out. Thank God you were there. Otherwise, hye hye bye bye]



Tet. Ha.. It's iban language. Berbelit lah korang baca conversation aku ni, tak? Kat perumahan aku tinggal sekarang memang majoriti Iban, so bajetlah semua akan tau cakap iban, plus aku memang Iban pon kan.. Eh melelat.. eheh.. pandey episod belajarlah bahasa indah aku eh..

Anyway, back to the story.. i bet you guys are wondering apa yangggggg budak tu curi dari kawasan rumah aku? Even aku sendiri pun seram, naik bulu ramo.. Aku boleh potong jari la, budak tu memang berniat and intentional nak curi barang tersebut, sebab items lain yang lebih dekat untuk dicapai, dia tak pandang pon.. Kalau lah Amy si jiran aku tadi tak nampak perbuatan si penjahat tu, for sure lebih banyak dia akan amik..

Korang dapat teka tak apa yang budak tu curi.. oh let me rephrase.. korang dapat teka tak apa yang BUDAK LELAKI tu nak curi? Kalau motosikal, memang mustahil sebab perlu bukak pagar kan.. basikal apatah lagi, tak wujud di rumah aku ni.. Kucing-kucing aku? Yang dalam sangkar, siap dikunci.. Bunga? Mustahil, sebab dia lelaki.. tapiiiiiii kali ni, aku tolak tepi semua kemustahilan tu.. sebab nya apa..budak tu nak curi

UNDER GARMENTS!!

Yes! You read that right.. BUDAK LELAKI tu nak curi under garments perempuan! Atau dalam erti kata lain kalau korang kurang menangkap apa under garment tek nak, it's baju dalam dan seluar dalam..!! Oh my goodness.. Dah la yang dia ambik tu, daripada 3, 2 adalah aku punya!!...satu lagi mak aku punya... apuuu.. nak pengsan aku.. buatnya dia di upah orang ke, kita mana tau manusia ni hati busuk, jahat kat orang, sengaja nak gunakan aku ke, mak aku ke..tak ke naya jadinya.. Bila disergah jiran aku, dia tinggalkan semua items yang dia kait macam kait buah rambutan tu tepi pagar.. luar pagar pulak tu.. kalau orang lalu lalang, memang takkan miss lah tengok under garments kitorang bergolek2 tepi pagar, gara-gara budak tak guna tu tadi.. kalau warna hitam tadi, takpe gak..ee geramnya aku!

Dahlah pagi tadi, berlaku jugak insiden ada budak bawak basikal nak panjat pagar rumah kitorang..tapi nasib kitorang memang baik hari ni, sebab setiap hari khamis, kitorang ada ibuk yang di hire untuk membersihkan rumah.. ibuk pulak, akan sentiasa kunci pagar before start melakukan pembersihan.. Bila ibuk tengok budak tu nak panjat pagar thinking no one is at home, budak tersebut lari bila ibuk teriak kat dia.. Tak pulak diketahui siapa..

Ih, bahaya lah.. aku mula la nak risau ni.. aku dengan mak aku dah plan nak beli barb wire pasang kat sekeliling pagar rumah pas ni.. FYI, kawasan rumah aku boleh dikatakan besar, hence untuk pengawasan 24 jam amatlah sukar especially bahagian tepi kanan dan tepi kiri serta belakang rumah.. alarm memang dipasang tapi itu untuk kalau intrusion ke dalam rumah.. kat pagar nak pasang celah mana? Lampu depan, tepi dan belakang rumah memang dah diset automatic on each time malam menjelang.. aku tengok bil elektrik orang lain sebulan tak sampai pun RM100, bil rumah kitorang, kalau bawah RM200 tu boleh makan selamat aku..alwayssss RM200 and above a month..tapi demi keselamatan, redha jak lah membayar..

Hish, kembali ke topik si pencuri baju dalam tadi, nampak gaya lepas ni dah tak boleh la nak jemur kat luar rumah melainkan ada persons at home.. budak tu memang berani lah mencuri, sebab bila ada kereta lalu, he pretended main tepi parit..eee aku dapat budak tu, God help him, aku lesing cukup-cukup. My mom tunggu masa je, since Amy cam budak tersebut, nak angkut dia masuk balai.. biar padan muka.. pondan kot, sebab tu berminat sangat dengan *** aku..

Haih, hilang selera makan aku.. Definitely pakaian-pakaian dalam aku tu, takkan aku pakai dah lepas ni..kalau korang, for sure tak akan nak pakai jugak dah kan? Dang! what a Thursday!!